
.jpg)
Untuk makluman Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/ Datin/ Tuan/Puan dan saudara/saudari yang bermurah hati, anak-anak, bonda-bonda dan ayahanda-ayahanda kita disana sangat komited dan bersungguh untuk menghafaz dan mendalami al -Quran walaupun diuji dengan kekurangan bahan belajar dan pelbagai lagi cabaran dan ujian . Semangat seperti inilah yang perlu ada dalam diri setiap kita.
MashaAllah, hebat! Sungguh hebat!
ANTARA PENERIMA BUKU WAKAF SEBELUM INI


Semoga buku DIY Hafaz Quran ini dapat membantu anak-anak, bonda-bonda dan ayahanda-ayahanda kita disana untuk lebih mudah menghafaz al quran dan memahaminya, sekaligus dapat menyemarakkan rasa cinta untuk terus menyebarkannya kepada umat islam di segenap benua.
"Kami doakan semoga setiap ringgit yang diwakafkan menjadi asbab dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, umur yang diberkati dan menjadi bekalan buat anda di akhirat kelak. Amin Ya Robbalalamin."
